Monday 20 July 2015

KERTAS KERJA


FORMAT KERTAS KERJA :


  • MUKA DEPAN
  • PENGENALAN
  • OBJEKTIF
  • SKOP PROGRAM
  • TENTATIF PROGRAM
  • JAWATANKUASA PROGRAM
  • BELANJAWAN
  • PENUTUP



CONTOH KERTAS KERJA




SUBJEK
BMG 1073
ETIKA PENGURUSAN


KEMPEN AMAL
KEBAJIKAN MASYARAKAT

TARIKH
13 APRIL 2015
(ISNIN)


TEMPAT
PERSATUAN ORANG BUTA TUARAN SABAH


ANJURAN
DIPLOMA PENGURUSAN


KOLEJ SABAH





1.     PENGENALAN

“KEMPEN AMAL KEBAJIKAN  MASYARAKAT” merupakan salah satu aktiviti atau program di bawah anjuran pelajar-pelajar daripada Diploma Pengurusan Kolej Sabah. Program ini akan diadakan di Persatuan Orang Buta, Tuaran pada13 April 2015.

Aktiviti ini dirancang bersesuaian dengan objektif-objektif yang dinyatakan. Walaubagaimanapun, tujuan utama untuk menjalankan aktiviti ini adalah mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan orang-orang buta. Ini kerana ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab para pelajar terhadap masyarakat.

Pelajar Kolej SABAH dengan bantuan Majlis Khidmat Masyarakat Sabah akan mengadakan aktiviti bergotong-royong untuk membersihkan kawasan kediaman orang-orang buta serta aktiviti mengecat bakul sebagai aktiviti kemasyarakatan yang juga merupakan skop pengajian dalam program Diploma Pengurusan. Oleh itu, kami berusaha untuk membantu golongan kurang upaya penglihatan sebagai salah satu cara untuk membantu pihak yang berkaitan. Golongan ini adalah mereka yang kehilangan deria penglihatan mereka sama ada sejak lahir ataupun akibat kemalangan yang menyebabkan mereka kehilangan penglihatan.

Selain itu, kami juga ingin menyalurkan sumbangan ikhlas kepada golongan ini. Ini kerana golongan kurang upaya ini terbatas di dalam melakukan aktiviti seharian dan mereka memerlukan pertolongan dalam sesetengah perkara.Walaupun mereka menerima bantuan dari pihak lain namun bantuan tersebut masih kurang mencukupi kerana golongan kurang upaya penglihatan perlu mencari pendapatan tetap. Contohnya, menganyam bakul dengan pendapatan yang tidak dapat menampung kehidupan seharian mereka.Tambahan pula,golongan ini menjadi semakin sukar dalam persaingan perniagaan.Oleh itu,kami mengambil peluang ini untuk membantu meringankan sedikit beban mereka.

         Di harapkan melalui “PROGRAM KEBAJIKAN MASYARAKAT” ini akan menjadi asas kepada perkembangan yang positif dalam membangunkan masyarakat yang PENYAYANG, PRIHATIN & BERTANGGUNGJAWAB.


2.     OBJEKTIF

2.1            Memupuk budaya penyayang,prihatin dan bertanggungjawab dalam diri para pelajar.
2.2        Membantu pihak pengurusan persatuan orang buta untuk membersihkan rumah golongan kurang upaya penglihatan.
2.3           Melahirkan graduan yang berdaya saing dan mampu berhadapan dengan masyarakat apabila bekerja kelak. Graduan yang berkualiti mampu menjana modal insan yang berguna pada masa hadapan.
2.4        Mengeratkan hubungan integrasi nasional dalam kalangan penghuni rumah orang buta yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya .
       2.5           Menjalinkan hubungan baik diantara warga golongan kurang upaya penglihatan dan Kolej Sabah.                         

3.     SKOP PROGRAM

3. 1          MENJALANKAN AKTIVITI BERGOTONG-ROYONG DI RUMAH ORANG-ORANG BUTA.

3.2           MENIMBULKAN KESEDARAN MENGENAI PENTINGNYA PERANAN ORANG-ORANG BUTA DALAM MASYARAKAT KITA.
               
3.3           MENGHARGAI DAN MENGHORMATI KEWUJUDAN GOLONGAN ORANG-ORANG BUTA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

3.4           MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR UNTUK MENGHAYATI DAN MELIHAT SENDIRI KEWUJUDAN GOLONGAN ISTIMEWA.

3.5           MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DIANATARA PELAJAR UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM.


4.     ANJURAN

Pelajar Diploma Pengurusan


5.     TARIKH DAN MASA

Tarikh              :           13  April 2015
Masa               :           8.30am-4.00pm


6.     TEMPAT
Tempat            :           Persatuan Orang Buta, Tuaran, Sabah.




7.     ATURCARA PERJALANAN



MASA

PERKARA

7.00 am – 7.30 am


PELAJAR BERKUMPUL DI KAWASAN KOLEJ SABAH

7.30 am – 8.00 am


BERTOLAK KE PUSAT PERSATUAN ORANG BUTA DI TUARAN

8.00 am – 8.30 am


KETIBAAN PELAJAR DAN PERSIAPAN PELAJAR

8.30 am – 12.00 am


GOTONG-ROYONG DAN MENGECAT BAKUL ROTAN

12.00 pm-12.45 pm


MAKAN TENGAH HARI

12.45 pm – 1.00 pm


PERSIAPAN UNTUK PEMBERIAN SUMBANGAN

1.00 pm – 2.30 pm


MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN

2.30 pm – 3.00 pm


BERTOLAK KE KOTA KINABALU




8.     JAWATANKUASA PROGRAM


A. JAWATANKUASA EKSEKUTIF

Penaung                      : En. Suif Bin Sainan

Penasihat                    : Puan Dixie Bitoh John


B. JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI                           :           Nur Iqqah Fatin Binti Mohd Hadi


SETIAUSAHA                         :           Shirley John

BENDAHARI                           :           Siti Rubitah Binti Joroh

EXCO PROGRAM                  :           Jumieanah Binti Jable



9.     ANGGARAN BELANJAWAN

A)    KUTIPAN MODAL

KUTIPAN MODAL

JUMLAH
RM 10
RM10 X 33 ORANG
RM 330.00

JUMLAH KUTIPAN MODAL
RM 330.00


B)   PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA SEUNIT
JUMLAH
1.
MINUM TENGAHARI (AIR MINERAL)
1 KOTAK
RM10 X 2 KOTAK
RM20.00
2.
MAKAN TENGAHARI (NASI CAMPUR)
33
RM4.00 X 33
RM132.00



ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN
RM152.00


C)   SUMBANGAN

BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA SEUNIT
JUMLAH
1.
BERAS (10KG)
5
RM23.00
RM115.00
2.
MILO (2KG)
1
RM30.00
RM30.00
3.
GULA (1KG)
3
RM2.80
RM8.40
4.
BISKUT
3
RM4.50
RM13.50
5.
SUSU MANIS
2
RM3.00
RM6.00



ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN
RM172.90




10.  PENUTUP

            Diharapkan melalui melalui program ini. Selain itu, para pelajar Kolej SABAH juga mampu mengambil pengalaman dan peluang dalam program ini untuk memperkasakan lagi diri mereka pada masa hadapan.



“PTPL TERUS BERJAYA”





Disediakan Oleh;                                                           Disahkan Oleh;





_______________________                                       ____________________________
(SHIRLEY JOHN)                                                      (DIXIE BITOH JOHN)
Setiausaha,                                                              Tutor Etika Pengurusan,
Kempen Amal Khidmat Masyarakat,                      Kolej Sabah.
Kolej Sabah.